Thursday, November 6, 2008

SESI PERSEKOLAHAN & PENYERTAAN

SESI PERSEKOLAHAN

Sesi persekolahan adalah bermula pada 8.00 – 12.00 tengahari. Sesi persekolahan adalah 5 hari seminggu. Manakala sesi Transit 12.00 tengahari hingga 6.45 petang. Pelajar Transit mendapat manafaat : Makan Minum, Khidmat Diri, Tuisyen, Kelas Al Quran, Kelas Bacaan dan sebagainya.

PENYERTAAN TADIKA & TASKA RAUDHAH

Terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Sekelas seramai 10-15 orang pelajar yang dibimbing oleh guru yang berpengalaman dengan nisbah guru – murid, 1 : 10. TASKA RAUDHAH pula terbuka kepada bayi dan kanak-kanak yang berumur 2 bulan hingga 3 tahun yang belum bersedia untuk belajar. Keistimewaan Taska Raudhah : Program Pendidikan Pra Tadika yang mantap dan telah terbukti berkesan untuk membantu kanak-kanak menempuh alam tadika dengan baik.

Kami juga menawarkan perkhidmatan ‘Pelajar Transit’ iaitu pelajar yang bersekolah di tadika lain atau sekolah rendah yang ingin ‘menumpang’ di ‘Day Care’ kami sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa dengan memperolehi manafaat semakan homework, kelas al Quran, tuisyen & sebagainya.

No comments: