Tuesday, August 23, 2011

PENDAFTARAN 2012 DIBUKA SEKARANG.

Para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak anda di Tadika Raudhah (4-6 Tahun) bagi sesi 2012 diminta membuat tempahan tempat dengan kadar segera kerana kekosongan tempat amatlah terhad. Pendaftaran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian : 012 9533 788. Jangan bertangguh lagi ya... TQ

DAFTAR SEGERA TEMPAT TERHAD

PROGRAM TADIKA RAUDHAH 2012

PROGRAM SANTAPAN JIWA PAGI

Tadika Raudhah mengorak langkah untuk mendominasikan penghayatan nilai-nilai Islam melalui program baru yang dikenali sebagai ‘Santapan Jiwa Pagi’. Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai modul pembinaan peribadi sekaligus ia menjadi makanan rohani harian untuk anak-anak.

Melalui program ini para pelajar akan sentiasa diberi motivasi dan penekanan terhadap amalan seharian Islam melalui amalan zikir, penghayatan dan pengamalan adab-adab dalam kehidupan secara menyeluruh. Mereka juga akan diberi kefahaman untuk beramal dengan intisari ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw secara praktikal di dalam program ini.

Modul program ini dirangka untuk menanamkan benih-benih tauhid dan akhlak bagi membentuk personaliti terpuji yang telah terbukti keberkesanannya. Para ibu bapa InsyAllah pasti akan ‘teruja’ melihat perkembangan positif anak anda melalui program baru Raudhah ini.

KEMANTAPAN BACAAN & PENULISAN B. MELAYU

Tadika Raudhah juga akan terus menggunakan kaedah Bacaan ‘Cahayaku’ yang telah terbukti berkesan melahirkan pelajar yang mampu membaca dengan baik sebelum menempuh alam persekolahan. Namun untuk sesi 2010 program B.Melayu Raudhah akan di’upgrade’ lagi melalui modul ‘Mental B.Melayu’ untuk melahirkan pelajar yang faham apa yang dibaca serta boleh menulis dengan baik menggunakan tulisan yang ‘cantik’.

KAEDAH ‘READING SKILL’ CAHAYAKU

Kaedah bacaan ‘English Paradigm’ Cahayaku adalah kesinambungan dari program bacaan B.Melayu Cahayaku. Program ini telah terbukti berupaya untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam B.Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat. Modul pengajaran B. Inggeris Raudhah di’upgrade’ lagi dengan penggunaan tatabahasa (grammar) yang tidak membebankan pelajar. Kandungan matapelajarannya dipenuhi dengan unsur adab seharian yang amat bermanafaat dalam membentuk keperibadian dan pembinaan akhlak terpuji pelajar.

MATEMATIK

Raudhah turut meningkatkan sasaran pencapaian matematik pelajar dengan meningkat penguasaan pelajar dalam aspek arahan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia sekaligus akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguasaan pengiraan matematik pelajar melalui sistem latihan yang bermodul dan sistematik.

KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI MENTAL’

Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Program ‘Qiraati Mental’ ini adalah modul yang digubal untuk melahirkan suatu keseronokan kepada anak-anak dalam mempelajari hukum tajwid al Quran dengan betul serta mengetahui dengan jelas hukum tajwid al Quran. Melalui proram ini para pelajar akan mampu mengenalpasti bacaan ‘panjang pendek’ serta ‘dengung’ ayat al Quran secara langsung tanpa bimbingan guru.

PROGRAM PESANAN SEBELUM PULANG

Tadika Raudhah turut menekankan kepentingan amalan adab seharian dalam kehidupan para pelajarnya setelah pulang ke rumah. Justeru itu pelbagai pesanan sebelum para pelajar pulang sentiasa diberikan dari masa ke semasa. Para ibu bapa akan melihat perkembangan personaliti anak anda yang positif melalui modul ini.

LAIN-LAIN PROGRAM TADIKA RAUDHAH

Bahasa Inggeris Komunikasi, Jawi Mental, Creative Movements, Art & Craft, Cinta Allah, Praktikal Ibadat, Arabic Language, Practical Life, Hafazan, Modul Pembinaan Peribadi dan Keterampilan Diri.

Rutin Harian Tadika Raudhah Imtiaz
















Suasana pembelajaran harian di Tadika Raudhah Imtiaz bermula dengan Santapan Jiwa Pagi (SJP), Sesi Bacaan & Pembelajaran dan diakhiri dengan Pesanan Sebelum Pulang.

Wajah Baru Tadika Raudhah Imtiaz 2011






Wajah baru Tadika Raudhah Imtiaz 2011 dilengkapi dengan 'Our Door' Playground. Pembangunan infrastuktur seterusnya sebuah dewan aktiviti dan kawasan 'parking' yang bertar untuk ibu bapa.

Raudhah Family Day 2011

Sambutan Hari Lahir Bulanan Tadika Raudhah



Monday, October 18, 2010

PENCAPAIAN BACAAN 2010 (B.MELAYU, B. INGGERIS & QIRAATI)

Setelah lebih kurang 10 bulan sesi persekolahan 2010 berjalan, kami akan paparkan senarai nama pelajar yang telah berjaya menamatkan buku bacaan Cahayaku 1 dan 2 serta English Paradigm 1&2.