Thursday, November 6, 2008

SEJARAH PENUBUHAN TADIKA RAUDHAH

Tadika Raudhah telah diasaskan pada bulan Februari 2000 hasil usaha pengasasnya En Hilmi Ismail. Ketika itu tadika ini dikenali sebagai Tadika Tahfiz Bistari (TTB). Idea penubuhannya terhasil setelah beliau melihat 'vacum' yang begitu ketara di dalam masyarakat terhadap pendidikan bersepadu dan seimbang. Konsep pendidikan di tadika ini yang menekan kecemerlangan akademik disamping pembinaan peribadi yang unggul telah mendapat sambutan yang agak baik dikalangan ibu bapa.

Di awal penubuhannya ia telah mempunyai seramai 40 orang pelajar perintis. Tenaga pengajar dan kakitangan am ketika itu ialah seramai 5 orang dengan menggunakan sebuah bagunan di alamat No 1, Taman Sri Cendana, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman, Terengganu.

Kedudukan yang strategik berhampiran dengan beberapa taman perumahan, juga berhampiran dengan 3 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah telah menjadikan penubuhan sebagai suatu alternatif pendidikan peringkat pra sekolah kepada masyarakat setempat.

TTB telah ditukar namanya kepada Tadika Raudhah Imtiaz pada tahun 2003 mengambil sempena kemasukan pengurus barunya iaitu Puan Teh Sofia Sidek yang telah menampilkan suatu demensi baru kepada kemajuan Tadika Raudhah Imtiaz ini.

Pn Teh Sofia telah meninggalkan jawatannya sebagai guru dan kaunselor Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman untuk terlibat sepenuh masa sebagai tonggak utama kepada Tadika Raudhah. Ternyata pengorbanannya adalah berbaloi dengan kemajuan yang telah dicapai oleh Tadika Raudhah pada hari ini. Dari sebuah bangunan kepada beberapa bangunan dan dari satu cawangan berkembang kepada beberapa cawangan yang lain.

Tahun 2003 juga telah mencatatkan penubuhan Taska Raudhah yang mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat setempat sehingga ke hari ini. Pada bulan Julai 2005 juga Tadika & Taska Raudhah Cawangan Geliga, Kemaman telah ditubuhkan.

Pada hari ini jumlah pelajar Tadika & Taska Raudhah telah mencapai hampir 200 orang yang belajar secara sepenuh masa di samping 60 orang yang belajar secara separuh masa. Insya Allah pada tahun 2009 Tadika Raudhah Induk akan membina bangunannya sendiri ditanah seluas 3/4 ekar berhampiran dengan tadika yang sedia ada pada hari ini.

No comments: