Thursday, November 6, 2008

BENGKEL PERGERAKAN KREATIF 2007

Bengkel ini dianjurkan oleh Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu dan kebetulan juga K Teh sebagai salah seorang AJK Persatuan ini. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Nornisa bt Sahid. Belioau merupakan antara tenaga pengajar Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak dan beliau adalah seorang yang amat berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Seramai 7 orang daripada guru Raudhah yang menghadiri bengkel Kreatif ini. Banyak pendedahan yang telah diberikan oleh penceramah. Apa yang penting ialah dapat berkongsi pengalaman dalam membuat aktiviti dengan kanak-kanak dan mengendalikan kanak-kanak yang sentiasa ceria dan cergas.