Thursday, September 10, 2009

MAKLUMAT SESI PERSEKOLAHAN (TADIKA, PRA TADIKA & SESI TRANSIT/ ‘DAY CARE’ )

Sesi persekolahan tadika adalah bermula pada 8.00-12.00 tengahari iaitu selama 5 hari seminggu. Manakala sesi transit 12.00-6.00 petang. Pelajar transit mendapat manafaat : Makan tengahari, Khidmat Diri, Kelas Al Quran Qiraati Mental, Bacaan B. Melayu Cahayaku, English Paradigm Cahayaku dan berpeluang menyiapkan homework yang diberikan oleh guru..

Tadika Raudhah terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Sekelas seramai 10-15 orang pelajar yang dibimbing oleh guru yang berpengalaman.

Kami juga menawarkan perkhidmatan ‘Pelajar Transit’ iaitu pelajar sekolah rendah yang ingin ‘menumpang’ di ‘Day Care’ kami sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa dengan memperolehi manafaat semakan homework, kelas al Quran/ bacaan, tuisyen & sebagainya.

2 comments:

TADIKA RAUDHAH said...

Para ibu bapa yang ingin mengemukakan komentar dan cadangan sila ajukan terus kepada pihak pengurusan Tadika Raudhah. Kami perlu maklumat ditir terhadap masalah anak anda.

Unknown said...

Assamualaikum,

Sebelum saya meneruskan kata-kata, saya memohon maaf kepada Pihak Raudhah.

Di sini saya wakil kesemua ibubapa kepada pelajar Tadika Raudhah ingin menyuarakan beberapa ketidakpuasan yang berlaku.

Pertama - Kenapa setiap tahun pihak Tadika Raudhah akan menaikkan yuran bulanan? Kalau perubahan berlaku kerana sistem pembelajaran dan pemakanan, Kenapa kenaikan sampai RM 20.00.

Kedua - Pembayaran yuran setiap tahun dinaikkan. Minuman yang diberikan kepada pelajar adalah teh. Setahu saya air teh tidak bagus untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi kafe dan akan melemahkan minda kanak-kanak tersebut. Kenapa perkara ini boleh berlaku?Terutamanya pelajar Tadika Raudhah Geliga. Kenapa tidak sediakan air milo dan vico?

Ketiga - Pembayaran yuran setiap tahun dinaikkan. Kenapa bila adanya hari keluarga dan sukan Raudhah tempat yang diadakan hanya di padang Astaka dan makanan yang disediakan pada hari tersebut cuma bihun goreng. Saya mengetahui hal tersebut kerana anak-anak sudah 5 tahun bersekolah di situ.

Saya berharap pihak Raudhah dapat mempertimbangkan dan memikirkan sejenak keluhan ibubapa pelajar.

Akhir kata yang kurang datang dari diri kita sendiri. Yang baik datang dari Allah s.w.t.

Wassalam.