No 1, Taman Sri Cendana, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman Terengganu. Cawangan Geliga : 750, Taman Sri Geliga (Berhampiran Restoren Bangkok). Cawangan Gong Pauh / Kubang Kurus : 2549, Tmn Sri Buyong (Belakang Pasaraya Sunway). Telefon : 012 9533788. Email : cikgumiekeris@gmail.com ”Loving, Caring, Creative & Comprehensive”
Saturday, April 4, 2009
RAUDHAH FAMILY DAY 2009
Program ini telah diadakan pada 4 April 2009 bertempa di Padang Astaka Majlis Perbandaran Kemaman. Program ini telah dihadiri lebih daripada 100 buah keluarga. Sambutan yang diberikan amat membanggakan walaupun dalam keadaan hujan turun. Kami pada mulanya agak merasa cemas memandangkan keadaan cuaca yang hujan renyai-renyai, namun kami tetap bersyukur kepada Allah kerana program ini tetap dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Para pelajar dibahagikan kepada 4 buah rumah iaitu rumah kuning, oren, hijau dan merah. Setiap rumah disediakan dengan sebuah kanopi. Setiap rumah bersaing menghias rumah masing-masing untuk memenangi Anugerah Rumah Sukan Terbaik. Pada Tahun ini Rumah kuning telah memenangi Piala Rumah Sukan Terbaik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment