No 1, Taman Sri Cendana, Jalan Pengkalan Sir, 24000, Cukai, Kemaman Terengganu. Cawangan Geliga : 750, Taman Sri Geliga (Berhampiran Restoren Bangkok). Cawangan Gong Pauh / Kubang Kurus : 2549, Tmn Sri Buyong (Belakang Pasaraya Sunway). Telefon : 012 9533788. Email : cikgumiekeris@gmail.com ”Loving, Caring, Creative & Comprehensive”
Thursday, September 10, 2009
PENDAFTARAN TADIKA RAUDHAH 2010 DIBUKA SEKARANG
PROGRAM TADIKA RAUDHAH 2010
PROGRAM SANTAPAN JIWA PAGI
Tadika Raudhah mengorak langkah untuk mendominasikan penghayatan nilai-nilai Islam melalui program baru yang dikenali sebagai ‘Santapan Jiwa Pagi’.
Melalui program ini para pelajar akan sentiasa diberi motivasi dan penekanan terhadap amalan seharian Islam melalui amalan zikir, penghayatan dan pengamalan adab-adab dalam kehidupan secara menyeluruh. Mereka juga akan diberi kefahaman untuk beramal dengan intisari ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw secara praktikal di dalam program ini.
Modul program ini dirangka untuk menanamkan benih-benih tauhid dan akhlak bagi membentuk personaliti terpuji yang telah terbukti keberkesanannya.
Tadika Raudhah juga akan terus menggunakan kaedah Bacaan ‘Cahayaku’ yang telah terbukti berkesan melahirkan pelajar yang mampu membaca dengan baik sebelum menempuh alam persekolahan. Namun untuk sesi 2010 program B.Melayu Raudhah akan di’upgrade’ lagi melalui modul ‘Mental B.Melayu’ untuk melahirkan pelajar yang faham apa yang dibaca serta boleh menulis dengan baik menggunakan tulisan yang ‘cantik’.
Kaedah bacaan ‘English Paradigm’ Cahayaku adalah kesinambungan dari program bacaan B.Melayu Cahayaku. Program ini telah terbukti berupaya untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam B.Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat. Modul pengajaran B. Inggeris Raudhah di’upgrade’ lagi dengan penggunaan tatabahasa (grammar) yang tidak membebankan pelajar. Kandungan matapelajarannya dipenuhi dengan unsur adab seharian yang amat bermanafaat dalam membentuk keperibadian dan pembinaan akhlak terpuji pelajar.
Raudhah turut meningkatkan sasaran pencapaian matematik pelajar dengan meningkat penguasaan pelajar dalam aspek arahan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia sekaligus akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguasaan pengiraan matematik pelajar melalui sistem latihan yang bermodul dan sistematik.
KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI MENTAL’
Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Program ‘Qiraati Mental’ ini adalah modul yang digubal untuk melahirkan suatu keseronokan kepada anak-anak dalam mempelajari hukum tajwid al Quran dengan betul serta mengetahui dengan jelas hukum tajwid al Quran. Melalui proram ini para pelajar akan mampu mengenalpasti bacaan ‘panjang pendek’ serta ‘dengung’ ayat al Quran secara langsung tanpa bimbingan guru.
Tadika Raudhah turut menekankan kepentingan amalan adab seharian dalam kehidupan para pelajarnya setelah pulang ke rumah. Justeru itu pelbagai pesanan sebelum para pelajar pulang sentiasa diberikan dari masa ke semasa.
Bahasa Inggeris Komunikasi, Jawi Mental, Creative Movements, Art & Craft, Cinta Allah, Praktikal Ibadat, Arabic Language, Practical Life, Hafazan, Modul Pembinaan Peribadi dan Keterampilan Diri.
LOKASI TADIKA RAUDHAH IMTIAZ KEMAMAN, TERENGGANU
TADIKA RAUDHAH (INDUK) : Lot 6742,
TADIKA RAUDHAH CAWANGAN GELIGA : 750,
MAKLUMAT SESI PERSEKOLAHAN (TADIKA, PRA TADIKA & SESI TRANSIT/ ‘DAY CARE’ )
PROFILE PENGURUS TADIKA RAUDHAH IMTIAZ. PUAN TEH SOFIA BINTI SIDEK
Beliau merupakan tonggak kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz. Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini adalah seorang yang tidak jemu-jemu dalam menimba ilmu pendidikan. Beliau adalah individu yang sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan Tadika Raudhah Imtiaz berjalan dengan sebaik mungkin.
Pemegang ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Diploma Pendidikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu). Pernah berkhidmat sebagai guru dan kaunselor di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu.
Mengikuti lebih dari 20 kursus pendidikan pra sekolah. Menceburkan diri dalam bidang pendidikan Pra Sekolah selama 7 tahun setelah meletak jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu pada bulan Januari 2003.
Namun pertaruhannya meletak jawatan sebagai guru amat berbaloi dengan ‘sentuhannya’ Tadika Raudhah Imtiaz kini telah mampu tegak berdiri dengan jayanya sehingga berjaya memiliki bangunan sendiri pada tahun ini di sebidang tanah berkeluasan ¾ ekar di Bandar Cukai, Kemaman.