Thursday, September 10, 2009

PENDAFTARAN TADIKA RAUDHAH 2010 DIBUKA SEKARANG

Para ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak anda di Tadika Raudhah (4-6 Tahun) dan Pra Tadika Raudhah (2-3 Tahun) bagi sesi 2010 diminta membuat tempahan tempat dengan kadar segera kerana kekosongan tempat amatlah terhad. Pendaftaran dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian : 012 9533 788. Jangan bertangguh lagi ya... TQ

PROGRAM TADIKA RAUDHAH 2010

PROGRAM SANTAPAN JIWA PAGI

Tadika Raudhah mengorak langkah untuk mendominasikan penghayatan nilai-nilai Islam melalui program baru yang dikenali sebagai ‘Santapan Jiwa Pagi’. Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai modul pembinaan peribadi sekaligus ia menjadi makanan rohani harian untuk anak-anak.

Melalui program ini para pelajar akan sentiasa diberi motivasi dan penekanan terhadap amalan seharian Islam melalui amalan zikir, penghayatan dan pengamalan adab-adab dalam kehidupan secara menyeluruh. Mereka juga akan diberi kefahaman untuk beramal dengan intisari ayat al Quran dan Hadis Rasulullah saw secara praktikal di dalam program ini.

Modul program ini dirangka untuk menanamkan benih-benih tauhid dan akhlak bagi membentuk personaliti terpuji yang telah terbukti keberkesanannya. Para ibu bapa InsyAllah pasti akan ‘teruja’ melihat perkembangan positif anak anda melalui program baru Raudhah ini.

KEMANTAPAN BACAAN & PENULISAN B. MELAYU

Tadika Raudhah juga akan terus menggunakan kaedah Bacaan ‘Cahayaku’ yang telah terbukti berkesan melahirkan pelajar yang mampu membaca dengan baik sebelum menempuh alam persekolahan. Namun untuk sesi 2010 program B.Melayu Raudhah akan di’upgrade’ lagi melalui modul ‘Mental B.Melayu’ untuk melahirkan pelajar yang faham apa yang dibaca serta boleh menulis dengan baik menggunakan tulisan yang ‘cantik’.

KAEDAH ‘READING SKILL’ CAHAYAKU

Kaedah bacaan ‘English Paradigm’ Cahayaku adalah kesinambungan dari program bacaan B.Melayu Cahayaku. Program ini telah terbukti berupaya untuk membolehkan para pelajar membaca bahan bacaan dalam B.Inggeris dengan sebutan yang tepat dalam masa yang singkat. Modul pengajaran B. Inggeris Raudhah di’upgrade’ lagi dengan penggunaan tatabahasa (grammar) yang tidak membebankan pelajar. Kandungan matapelajarannya dipenuhi dengan unsur adab seharian yang amat bermanafaat dalam membentuk keperibadian dan pembinaan akhlak terpuji pelajar.

MATEMATIK

Raudhah turut meningkatkan sasaran pencapaian matematik pelajar dengan meningkat penguasaan pelajar dalam aspek arahan matematik dalam bahasa Inggeris. Ia sekaligus akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penguasaan pengiraan matematik pelajar melalui sistem latihan yang bermodul dan sistematik.

KAEDAH BACAAN AL QURAN ‘QIRAATI MENTAL’

Kaedah ini terbukti berkesan untuk membantu anak–anak membaca dengan lancar dan menggunakan sebutan (makhraj) yang tepat dan bertajwid. Program ‘Qiraati Mental’ ini adalah modul yang digubal untuk melahirkan suatu keseronokan kepada anak-anak dalam mempelajari hukum tajwid al Quran dengan betul serta mengetahui dengan jelas hukum tajwid al Quran. Melalui proram ini para pelajar akan mampu mengenalpasti bacaan ‘panjang pendek’ serta ‘dengung’ ayat al Quran secara langsung tanpa bimbingan guru.

PROGRAM PESANAN SEBELUM PULANG

Tadika Raudhah turut menekankan kepentingan amalan adab seharian dalam kehidupan para pelajarnya setelah pulang ke rumah. Justeru itu pelbagai pesanan sebelum para pelajar pulang sentiasa diberikan dari masa ke semasa. Para ibu bapa akan melihat perkembangan personaliti anak anda yang positif melalui modul ini.

LAIN-LAIN PROGRAM TADIKA RAUDHAH

Bahasa Inggeris Komunikasi, Jawi Mental, Creative Movements, Art & Craft, Cinta Allah, Praktikal Ibadat, Arabic Language, Practical Life, Hafazan, Modul Pembinaan Peribadi dan Keterampilan Diri.

LOKASI TADIKA RAUDHAH IMTIAZ KEMAMAN, TERENGGANU

TADIKA RAUDHAH (INDUK) : Lot 6742, Jalan Pengkalan Sir, 24000 Cukai, Kemaman. Berhampiran Sek. Men. Sultan Ismail 1 & 2, Sek. Ren. Sultan Ismail, Sek. Ren. Sri Kemaman, Sek. Ren. Sri Iman dan Perumahan Lot 144.

TADIKA RAUDHAH CAWANGAN GELIGA : 750, Taman Sri Geliga, 24000, Cukai, Kemaman. Berhampiran Surau Baiduri, Restoren Bangkok, Pasaraya Sama Maju dan Esso Geliga.

TADIKA RAUDHAH CAWANGAN GONG PAUH / KUBANG KURUS : 2549, Taman Sri Buyong, Jalan Bukit Mentok, 24000, Cukai, Kemaman. Berhampiran Sek. Men. Cukai, Di Belakang Pasaraya Sunway Dan Bersebelahan Taska Rania / Akmal.

MAKLUMAT SESI PERSEKOLAHAN (TADIKA, PRA TADIKA & SESI TRANSIT/ ‘DAY CARE’ )

Sesi persekolahan tadika adalah bermula pada 8.00-12.00 tengahari iaitu selama 5 hari seminggu. Manakala sesi transit 12.00-6.00 petang. Pelajar transit mendapat manafaat : Makan tengahari, Khidmat Diri, Kelas Al Quran Qiraati Mental, Bacaan B. Melayu Cahayaku, English Paradigm Cahayaku dan berpeluang menyiapkan homework yang diberikan oleh guru..

Tadika Raudhah terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. Sekelas seramai 10-15 orang pelajar yang dibimbing oleh guru yang berpengalaman.

Kami juga menawarkan perkhidmatan ‘Pelajar Transit’ iaitu pelajar sekolah rendah yang ingin ‘menumpang’ di ‘Day Care’ kami sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa dengan memperolehi manafaat semakan homework, kelas al Quran/ bacaan, tuisyen & sebagainya.

PROFILE PENGURUS TADIKA RAUDHAH IMTIAZ. PUAN TEH SOFIA BINTI SIDEK




Beliau merupakan tonggak kekuatan Tadika Raudhah Imtiaz. Ibu kepada 5 orang cahaya mata ini adalah seorang yang tidak jemu-jemu dalam menimba ilmu pendidikan. Beliau adalah individu yang sentiasa bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan Tadika Raudhah Imtiaz berjalan dengan sebaik mungkin.

Pemegang ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Malaya, Diploma Pendidikan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu). Pernah berkhidmat sebagai guru dan kaunselor di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu.

Mengikuti lebih dari 20 kursus pendidikan pra sekolah. Menceburkan diri dalam bidang pendidikan Pra Sekolah selama 7 tahun setelah meletak jawatan sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Kemaman, Terengganu pada bulan Januari 2003.

Namun pertaruhannya meletak jawatan sebagai guru amat berbaloi dengan ‘sentuhannya’ Tadika Raudhah Imtiaz kini telah mampu tegak berdiri dengan jayanya sehingga berjaya memiliki bangunan sendiri pada tahun ini di sebidang tanah berkeluasan ¾ ekar di Bandar Cukai, Kemaman.

MAULIDUL RASUL 2009








SAMBUTAN HARI LAHIR & AKTIVITI DI PADANG ASTAKA 2009










KENANGAN GRADUASI 2008

















LAWATAN RAUDHAH KE BALAI BOMBA & POLIS MARIN